fb fb fb fb fb

Penubuhan NFOF kini fasa akhir pelaksanaan, dijangka selesai Oktober ini

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

KUALA LUMPUR, 22 Julai - Penubuhan National Fund of Funds (NFOF) kini berada pada fasa akhir pelaksanaan dan dijangka selesai menjelang Oktober tahun ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata ia akan beroperasi dengan memperuntukkan aset di bawah pengurusan berjumlah RM1 billion.

Beliau berkata, NFOF bermatlamat menyediakan modal kepada syarikat pemula yang inovatif dan berpotensi tinggi melalui pelbagai pelaburan modal teroka.
 
"NFOF akan melabur kepada pengurus-pengurus dana yang melabur dalam syarikat pemula yang inovatif dan berpotensi tinggi. Pelabur lain seperti syarikat berkaitan kerajaan, swasta atau individu juga boleh melabur dalam pengurus dana yang sama dan syarikat pemula yang sama," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli di Dewan Negara, di sini.

Dewan turut diberitahu Khazanah Nasional akan menyumbang majoriti dari jumlah pendanaan sebanyak RM1 billion bagi penubuhan NFOF dalam meningkatkan inovasi pertumbuhan tinggi.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN