fb fb fb fb fb

Penterjemah pasukan penyiasat, tugas berat bagi memastikan rundingan lancar - Dr Akmal

AYER KEROH, 17 Julai - Exco Melaka yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh antara individu yang turut ditugaskan dalam nahas tragedi pesawat MH17.

Fasih berbahasa rusia, beliau telah dipilih menjadi penterjemah bagi pasukan penyiasat tragedi berkenaan.

Pelbagai risiko dihadapi, apatah lagi beliau merupakan individu termuda menyertai misi pasukan penyiasat pada usia 26 tahun.

"Sehingga hari ini saya terkesanlah dalam hidup saya. Semasa kita di Kharkiv, kita hendak menunggu mayat-mayat itu diangkat dan dibawa melalui keretapi.

"Masa itu kita dihalang oleh pelbagai pihak, malah ketika itu ada yang datang membawa pistol. Mereka ada menyatakan kalau sekiranya kita tidak beredar maka saya akan ditembak.

"Jadi itu detik-detik yang tidak akan saya lupakan dan saya ingat lagi saya katakan "kalau kamu hendak tembak saya tembaklah, kerana saya di sini (kharkiv) atas amanat rakyat Malaysia untuk saya selesaikan" dan alhamdulillah mereka berikan kita ruang untuk menyelesaikan misi ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui RTM, di sini.

Semua pengalaman berharga itu dikongsi beliau dalam buku "MH17 Dalam Kenangan".

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN