KUALA LUMPUR, 13 Februari- Perubahan pentadbiran di Amerika Syarikat hanya memberi impak kecil kepada penjualan pegangan saham iaitu sebanyak 0.2 peratus daripada jumlah keselurahan permodalan saham sebanyak RM2 trillion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sembilan bulan pertama 2024 menunjukkan Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) masih menggalakkan dengan nilai pelaburan naik 10.7 peratus berbanding tempoh sama 2023.
"Ini kenaikan yang agak besar dan termasuk syarikat-syarikat besar. Infinion, Amazon, Microsoft.
"Ini memberi gambaran terhadap keyakinan dan pegangan asing, umpanya pengeluaran dana seolah-olah merudum, pada angka ia kekal pada 19 peratus, 2023 19.5 peratus, akhir 2024, 19.7 peratus bertambah.
"Januari 2025 masih 19.4 peratus, 02 peratus itu tidak menggambarkan keyakinan kepada ekonomi negara," katanya.
Dewan turut diberitahu syarikat-syarikat berkaitan institusi kewangan kekal catat keuntungan besar seperti Maybank sebanyak 9.7 peratus, CIMB Bank sebanyak 12.3 peratus dan Public Bank sebanyak 5.8 peratus.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal.