fb fb fb fb fb

Penjawat awam diharap tingkat produktiviti, prestasi kerja - TPM

Ahmad Zahid Hamidi

SIMPANG PERTANG, 1 Mei- Penjawat awam diharap dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi dalam setiap pekerjaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau yakin tiada masalah bagi penjawat awam secara keseluruhannya untuk menuju ke arah budaya pekerjaan yang produktif.

"Walaupun agak terlewat dua tahun kerana perubahan kerajaan sebelum ini, maka Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil keputusan yang mengejutkan.

"Walaupun kita tahu kedudukan kewangan kurang memuaskan setakat ini kerana faktor ekonomi, tetapi Perdana Menteri sangat komited untuk menghargai jasa dan pegawai kakitangan kerajaan di seluruh negara," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2024 Parlimen Jelebu dan UMNO Negeri Sembilan di sini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika mengulas mengenai pengumuman kenaikan gaji penjawat awam melebihi 13 peratus bermula 1 Disember ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM