fb fb fb fb fb

Peningkatan kes COVID-19 tidak jejaskan kedatangan pelancong ke Perak

Exco Pelancongan, Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee

IPOH, 29 Disember - Kerajaan Perak yakin kehadiran pelancong ke negeri itu sempena Tahun Melawat Perak 2024 tidak akan terjejas susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.

Exco Pelancongan, Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata keyakinan itu berdasarkan keupayaan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam membendung wabak berkenaan daripada terus menular.

"Pihak Kementerian Kesihatan telah melakukan usaha-usaha dan telah memantau keadaan dan juga saya mempunyai keyakinan kepada kementerian untuk menjaga tahap kesihatan di negara kita, tetapi dalam lawatan-lawatan saya ke luar negara dan sebagainya dimana keseluruhan saya boleh tengok di dunia ini pun walaupun dalam keadaan COVID-19 sedang meningkat, tetapi saya rasa pengunjung-pengunjung tiada keresahan atau kerisauan yang tinggi terhadap COVID-19 walaupun ada yang masih mengambil langkah berjaya-jaga seperti pakai pelitup muka dan sebagainya," kata Loh Sze Yee kepada pemberita dalam Majlis Pelancaran Laman Sesawang Pelancongan Negeri Perak berbahasa Cina, ‘Perak GoGoGo’, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Tambah beliau, kerajaan negeri akan terus mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KKM dalam membendung penularan COVID-19 di kawasan-kawasan tumpuan pelancong.

Sebanyak 120 acara disenaraikan dalam kalendar pelancongan Tahun Melawat Perak 2024 yang merangkumi aktiviti di peringkat daerah, negeri dan antarabangsa.

TETITIA YUSOFF