fb fb fb fb fb

Peningkatan kes COVID-19, tidak jejas industri pembekalan makanan negara - KPKM

Timbalan Menteri KPKM, Datuk Chan Foong Hin

KUALA LUMPUR, 6 Disember- Peningkatan kes COVID-19 ketika ini tidak memberi kesan kepada industri pembekalan makanan negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, sebaliknya negara bersedia untuk mengatasi dengan pelbagai strategi.

"COVID-19 semakin meningkat. Rakyat juga telah mengambil vaksin. Maka, saya tidak melihat ini sebagai satu halangan untuk pertumbuhan ekonomi.

Kita ada strategi dan negara berada pada landasan tepat khususnya dalam sektor agromakanan, semakin membaik," kata Foong Hin kepada pemberita selepas menjadi tetamu di Selamat Pagi Malaysia, hari ini.

Mengulas mengenai Program Setahun Bersama Kerajaan Madani, kementeriannya akan mengetengahkan segmen pengendalian dron secara maya.

Dengan menyasarkan golongan remaja, teknologi itu akan berdaya maju dalam sektor pemprosesan sumber makanan untuk ditingkatkan dalam jangka masa panjang.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM