fb fb fb fb fb

Peningkatan industri kejuruteraan, sumbang perkembangan teknologi - TPM

Foto FB Fadillah Yusof

PETALING JAYA, 2 Jun- Peningkatan industri kejuruteraan dilihat berupaya menyumbang kepada perkembangan teknologi, selain memacu Malaysia ke arah masa depan yang lebih saksama.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penekanan turut terarah kepada konsep kemampanan melalui penerapan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

"Kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk menggalakkan amalan ESG, melaksanakan peraturan dan inisiatif yang bertujuan untuk memupuk kemampanan merentas industri.

"Terutama, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang memperkenalkan teknologi mampan dan bertanggungjawab serta rangka kerja pelaburan (SRI), yang mewajibkan syarikat untuk mendedahkan rancangan dan inisiatif ESG mereka dengan kemampanan yang lebih baik," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-65 dan Anugerah 2024 Institusi Jurutera Malaysia (IEM) di sini.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata ESG semakin mendapat tarikan di Malaysia, didorong oleh mandat kawal selia, jangkaan pelabur dan kesedaran yang semakin meningkat.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM