KUALA LUMPUR, 28 April- Penilaian risiko di tempat kerja perlu disemak semula oleh majikan.
Menurut Pengerusi Malaysia Industial Safety and Health Association (MISHA) TS. Abd Mutalib Abd Gapar, ini terutama yang berisiko menjadi mangsa cuaca panas seperti pekerja di lapangan atau terlibat dengan aktiviti fizikal luar.
Jelasnya, fenomena cuaca panas melampau yang melanda negara ketika ini sememangnya memberikan impak dalam aktiviti masyarakat.
"Jika ada keperluan untuk kita semak semula pilihan risiko.
"Tujuannya untuk kita lihat sama ada langkah kawalan itu sesuai lagi tak tahu sekarang ini macam kalau sebelum ini cuaca panas itu kita boleh terima lagi.
"Jadi sekarang, ia terlalu ekstrem.
"Jadi pekerja-pekerja terdedah terutamanya daripada sektor pembinaan," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM di sini.