fb fb fb fb fb

Peniaga komuniti India diseru manfaat platform ekonomi digital

FOTO FACEBOOK Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR, 29 Oktober- Peniaga komuniti India digesa memanfaatkan platform ekonomi digital untuk memajukan perniagaan mereka ke peringkat global.

Menteri Komunikasi Digital Gobind Singh Deo menjelaskan bahawa kewujudan pelbagai platform e-Dagang mampu meluaskan pasaran produk hingga ke peringkat antarabangsa.

Selain itu, kaedah pembayaran digital yang lebih mudah turut berpotensi meningkatkan prestasi perniagaan.

"Di dunia digital hari ini, walaupun kita berniaga dari kedai atau kampung, platform digital membuka pasaran global yang lebih luas. Ini seterusnya memudahkan proses pembayaran dan membantu menaikkan prestasi perniagaan kita," katanya ketika berucap pada Fiesta Muzikal dan Kesenian Deepavali 2024 di Little India Brickfields di sini malam tadi.

Tambah beliau program yang dianjurkan sejak 2008 itu adalah platform bagi komuniti India di Malaysia untuk mempamerkan kejayaan serta kekayaan budaya, tradisi dan kesenian mereka.

Fiesta Muzikal dan Kesenian Deepavali 2024 dianjurkan oleh Persatuan Aduan Rakyat Malaysia akan berlangsung sehingga Rabu.

SITI AISHAH MD ISA