fb fb fb fb fb

Peniaga dan pekerja kilang mengaku tidak bersalah pertuduhan amang seksual

MUAR, 31 Julai- Seorang peniaga dan seorang pekerja kilang, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Muar, atas pertuduhan amang seksual, terhadap remaja perempuan bawah umur, pada 19 dan 27 Julai lalu.

Tertuduh, Fakhrul Amin Mohd Nor, 21, dan Muhammad Asri Ahmad Daud, 24, membuat pengakuan dihadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan, Fakhrul Amin melakukan kesalahan itu terhadap remaja perempuan berumur 13 tahun, pada 27 Julai, sekitar pukul 3.00 pagi, di Kampung Parit Haji Yusof, Sri Medan, Batu Pahat.

Manakala Muhammad Asri melakukan kesalahan terhadap remaja perempuan berumur 14 tahun, pada 19 Julai lalu, di dua lokasi berasingan dalam daerah Muar, kira-kira pukul 5.40 petang dan 6.00 petang.

Hakim membenarkan Fakhrul Amin diikat jamin RM8,000 manakala Muhammad Asri dibenar ikat jamin RM10,000, masing-masing dengan seorang penjamin.

Kedua-dua tertuduh perlu melapor diri di balai polis setiap bulan, dan kes akan disebut semula pada 5 September depan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir, mengikut Seksyen 14 ( A ) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

(Tertuduh di Mahkamah Sesyen Muar)

Media Baharu