fb fb fb fb fb

Peniaga cedera, lapan gerai terbakar di Skudai

FOTO JBPM JOHOR

JOHOR BAHRU, 6 Januari- Seorang peniaga cedera dalam tragedi kebakaran lapan gerai makan di Jalan Emas Putih 5, Taman Sri Puteri, Skudai, Johor Bahru, petang semalam.

Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Skudai,  Pegawai Bomba Kanan 1, Suraini Adnan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu, pukul 4.44 minit petang.

Seramai 17 anggota dan pegawai bomba  dikerahkan ke lokasi kejadian.

Mangsa didapati cedera di tangan kiri akibat terkena minyak masak panas, ketika letupan kebakaran berlaku.

Insiden turut meranapkan lapan buah gerai, yang terbakar 50 hingga 90 peratus, manakala sebuah motosikal musnah 95 peratus.

Peniaga lain dan para pelanggan sempat menyelamatkan diri dan kebakaran dipadam sepenuhnya, pukul 7 malam.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE