BINTULU, 15 Mac- Peniaga bazar Ramadan di seluruh bandar Bintulu khususnya, diingatkan agar terus mengekalkan tahap kebersihan gerai dan keselamatan makanan yang dijual bagi mengelak berlakunya keracunan makanan.
Ahli Dewan Undangan Jepak , Iskandar Turkee berkata, peniaga bazar juga dinasihatkan agar menjalankan perniagaan secara beretika dan berintegriti sepanjang bulan Ramadan ini.
“Saya berharap para perniaga dapat memanfaatkan kelebihan bulan Ramadan tahun ini untuk meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga dengan berniaga di Bazar Ramadan” ujarnya semasa Perasmian Bazar Ramdan 2024 di Lasar Kenyalang, Bintulu , petang semalam.
Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah menyediakan sebanyak 110 tapak niaga iaitu Lasar Kenyalang Bintulu (50 lot), Bintulu Sentral (48 lot) dan Samalaju (13 lot) serta sebanyak 130 tapak niaga swasta telah diluluskan untuk orang ramai menjalankan perniagaan mereka pada tahun ini.