fb fb fb fb fb

Pengusaha bas ekspres dingatkan beri perkhidmatan terbaik, selamat

KANGAR, 29 April- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis telah mengadakan perjumpaan bersama pengusaha bas ekspres di negeri berkenaan.

Ia sebagai kesiapsiagaan menjelang waktu kemuncak sambutan Aidilfitri.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah memaklumkan, fokus pertemuan tertumpu kepada perkongsian mengenai peraturan lalu lintas yang dikuatkuasa JPJ sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

"Juga menekankan kepentingan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan selamat kepada pengguna," katanya.

Beliau memaklumkannya selepas melakukan pemeriksaan ke atas pemandu dan juru teknik bas ekpress di Terminal Bas Bukit Lagi.


(Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah bersama para anggotanya melakukan pemeriksaan ke atas pemandu dan juru teknik bas ekpress di Terminal Bas Bukit Lagi)

Dalam operasi berkenaan, dua notis saman dikeluarkan kepada seorang pemandu bas ekspres atas kesalahan meletak kenderaan di bahu jalan hingga menghalang lalu lintas.

Tindakan dibuat berdasarkan Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Selain JPJ, pemeriksaan itu turut melibatkan pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Media Baharu