KUALA LUMPUR, 4 November- Penjimatan yang diperoleh daripada pengurangan subsidi pengeluaran gula boleh disalurkan untuk manfaat rakyat.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata penjimatan tersebut akan digunakan untuk membina lebih banyak infrastruktur di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Dengan kos rawatan yang mencecah RM33 bilion pada tahun 2021, ia adalah jumlah yang besar, dan kita mampu untuk membeli ambulans, membina lebih banyak klinik kesihatan serta hospital.
"Saya berharap 'War On Sugar' ini akan mendapat sokongan, dan berilah kami idea-idea untuk memperkukuhkan lagi promosi kempen ini," katanya ketika menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.