fb fb fb fb fb

Pengukuhan UMNO, seluruh ahli perlu main peranan lebih berkesan

Foto Zahid Hamidi

PASIR PUTEH, 6 Julai- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta seluruh ahli UMNO memainkan peranan dengan lebih berkesan bagi pengukuhan parti tersebut.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata pemimpin di semua peringkat mahupun ahli UMNO di akar umbi perlu “mengukur baju di badan” sendiri agar setiap tindakan dibuat di atas kapasiti masing–masing dan tidak melangkaui kepimpinan tertinggi.

"Saya amat yakin kalau kita memainkan peranan masing-masing daripada peringkat akar umbi, dari Dewan Undangan Negeri sehingga ke parlimen, kita akan berjaya di persada negara," kata Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh, di Dewan Uthmaniyah di sini.
 
Pada masa sama, Ahmad Zahid turut menyeru seluruh ahli supaya menjaga setiap amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
 
Menurutnya, UMNO tidak harus mensia-siakan peluang itu terus terus bangkit.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM