Penguatkuasaan salah guna pas sosial pelawat asing diperketat – Fahmi

Foto hiasan

PUTRAJAYA, 30 Januari- Penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan pas sosial oleh pelawat asing yang bekerja secara tidak sah di negara ini akan diperketat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan pas sosial oleh pelawat asing yang bekerja secara tidak sah akan diperketat.
  • Kementerian Dalam Negeri melaporkan puluhan ribu individu telah diperiksa dan diambil tindakan sejak 2025 hingga Januari 2026.
  • Perdana Menteri mengarahkan tindakan penguatkuasaan yang tegas dan berterusan terhadap pelanggaran syarat kemasukan negara.

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri hari ini menerima taklimat terkini berhubung operasi penguatkuasaan termasuk tangkapan ke atas individu yang melanggar syarat kemasukan negara.

Menurut beliau, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan tindakan tegas telah diambil terhadap puluhan ribu individu sejak tahun lalu.

“Dari tahun 2025 sehingga setakat pertengahan Januari 2026, seramai 54,791 orang telah diperiksa dan diambil tindakan.

“Pada tahun 2025 sahaja, jumlahnya ialah 51,100 orang, manakala bagi Januari 2026 melibatkan 3,691 orang,” katanya pada sidang media mingguan selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan arahan Perdana Menteri yang mahu tindakan penguatkuasaan lebih tegas dan berterusan dilaksanakan terhadap isu berkenaan.

Datuk Fahmi menambah, perincian warga asing yang terlibat mengikut negara asal boleh dirujuk kepada KDN.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan