fb fb fb fb fb

Penglibatan belia mampu tangani fenomena penuaan populasi - Dr. Zaliha

Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR, 2 Disember- Fenomena penuaan populasi bakal memberi cabaran terhadap pertumbuhan ekonomi.

Situasi itu menuntut negara mempertingkat sistem kesihatan, keselamatan sosial dan produktiviti.

Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaliha Mustafa berkata pendekatan holistik perlu dilaksana, menerusi peranan golongan belia sebagai agen perubahan sekali gus menjadi aset strategik yang mampu menangani kesan penuaan tersebut.

"Untuk menghadapi cabaran ini, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar yang bertujuan untuk memperkasa sebagai pemimpin transformasi sosial termasuklah meningkatkan penyertaan belia dalam sektor strategik seperti teknologi hijau, ekonomi digital dan juga keusahawanan.

Ini mampu menyumbang secara produktiviti kepada ekonomi negara sekali gus mengimbangkan kesan penurunan tenaga kerja akibat penuaan populasi," kata Dr. Zaliha berucap pada Majlis Apresiasi Penggiat Belia 2024 di ibu negara.

Bedasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang 2030 dengan 15.3 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk merupakan golongan berusia 60 tahun ke atas.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM