BALING, 6 September - Bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan kerajaan terbukti membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Rata-rata penerima yang menebus bantuan tersebut di pasar raya kecil luar bandar menyifatkan ia menampung perbelanjaan keperluan barangan dapur bulanan mereka.
Selain, mengharapkan bantuan tersebut diteruskan pada masa hadapan.
"Gembiralah, seronok…nak beli beras, keperluan dapur. Sebulan dalam RM300 lebih belanja… RM100 ini mengurangkan bebanlah. Kalau ikutkan hati, berterusan pun tak apa," kata penerima, Rokiah Mohamad.
"Alhamdulillah, bolehlah berbelanja dengan MyKasih ni… beli sabun, beras, minyak, ada teh, kopi, Milo… Selalu sebulan RM100 lebih lah. Kuranglah sikit beban tu, bolehlah berbelanja. Harap diteruskan pada masa hadapan," kata penerima, Amir Hamzah Redzuan.
"Datang beli barang MyKasih punya, lepas tu mereka tahan nak bagi Rahmah punya. Sebulan ikutkan kalau mak cik beli barang duit MyKasih tu, mereka bagi kan, beli barang macam lauk-lauk, ikan, ayam… yang lain makcik beli dengan duit sendiri. Dalam RM100 lebih lah sebulan.
"Mak cik duduk dua beranak sahaja, bolehlah tahan. Macam dapat sumbangan ini lagi (Penghargaan SARA). Teruskanlah, sebab tak ada siapa nak cari makan untuk mak cik," kata penerima, Asnah Din.