JASIN, 3 Oktober - Penggunaan kamera badan (BWC) akan diperluas kepada jabatan dan unit lain dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keutamaan akan diberikan kepada jabatan atau unit yang berinteraksi secara langsung dengan masyarakat.
Beliau berkata, penggunaan BWC ketika ini mendapat reaktif positif daripada anggota terlibat dan dlihat dapat meningkatkan keupayaan dan intergriti dalam unit berkenaan.
“projek rintis ini berjalan dengan baik beberapa tidak semua pasukan tapi sekarang ini pasukan yg ada pakai pasukan trafik dan ada berapa unit lain la yang juga pakai saya baru ini telah pun diberikan taklimat awal terhadap penggunaan bwc ni dan saya sempat berinteraksi dengan anggota-anggota ini maklum balas mereka kepada saya mereka kali ni tampil dengan lebih yakin dengan lebih orang kata lebih confident dalam menjalankan tugas mereka
"tidak dilihat aspek bahawa tugas mereka diawasi sebab mereka tidak apapun yang mereka nak sembunyikan dan menggangap itu sebagai satu aspek penambahbaikan dalam menjalankan tugas, " kata Datuk Seri Saifuddin selepas menyampaikan tauliah Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) di Politeknik Merlimau, membabitkan 224 pelajar daripada 16 Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Datuk Seri Saifuddin menambah, KDN dan PDRM akan sentiasa meneliti pemakaian BWC ini seterusnya menambah kecekapan anggota polis dalam menjalankan tugas.
BWC adalah peranti kamera yang dipakaikan pada badan anggota semasa menjalankan tugas dan dicipta bagi tujuan merakam bukti dalam bentuk digital.
la juga bertujuan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan termasuk risikan dalam membendung ketirisan hasil negara dan digunakan oleh pegawai yang bertugas di barisan hadapan iaitu pintu masuk utama negara serta yang menjalankan operasi penguatkuasaan.