fb fb fb fb fb

Pengguna lebuh raya gembira diskaun tol 50 peratus

FOTO FAIL

KUANTAN, 24 Januari - 50 peratus diskaun bayaran tol sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2025 mendapat reaksi positif pengguna lebuh raya.

Pemuzik Khairul Anuar Chacho yang ditemui RTM berkata, keputusan kerajaan itu sangat disokong dan ia dapat mengurangkan perbelanjaan untuk pulang ke kampung.

"Usaha kerajaan memberi pengurangan tol 50 peratus tidak salah saya menjadi satu yang dinanti-nantikan oleh rakyat terutama kepada pengguna-pengguna lebuh raya menjelang Tahun Baharu Cina kerana kita tahu di Pahang ini memang kaum Cina agak ramai yang akan balik ke Pahang. Jadi baguslah 50 peratus, saya sokong. terima kasih kerajaan," kata Anuar.

Sementara itu bagi penjawat awam, Nurul Ain Sujaihah potongan sebanyak 50 peratus itu turut memberi manfaat kepada semua pengguna lebuh raya.

"Kita sama-sama dapat orang kata pelepasan tol diskaun 50 peratus,tak semestinya untuk orang yang merayakan sahaja dan kami pula macam hari raya dah tentulah cutikan. Jadi kita bolehlah berseronok tanpa memikirkan bayaran tol yang banyak dan sebagainya," kata Nurul Ain Sujaihah.

"Kerajaan bagi potongan 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2025 sebenarnya sangat bersyukurlah. Terima kasih syukur Alhamdulillah sebab bukan sahaja untuk kawan-kawan kita yang berbangsa Cina, tetapi saya rasa rakyat Malaysia ramai yang ambil peluang untuk balik kampung, kena pulak musim cuti sekolahkan. Termasuklah saya sebenarnya ia sangat membantu sebab ia menjimatkan kos perjalanan," kata suri rumah, Afeefa Aqeela Azman.

Sementara itu menerusi Mesyuarat Kabinet hari ini, kerajaan bersetuju memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025, dengan implikasi kewangan berjumlah RM20.8 juta.

Diskaun diberikan kepada kenderaan persendirian Kelas 1, bermula 12.01 tengah malam Isnin ini dan berakhir pada 11.59 malam Selasa.

TETITIA YUSOFF