fb fb fb fb fb

Pengguna jalan raya diminta lapor insiden untuk elak kesesakan

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ditemui selepas menjadi tetamu Program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media

KUALA LUMPUR, 28 Mac- Pengguna jalan raya diminta membantu pihak berkuasa dengan melaporkan sebarang insiden yang berlaku sepanjang perjalanan mereka semasa pulang bercuti, bagi memudahkan serta mempercepatkan tindakan mengelak kesesakan luar jangka.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata laporan boleh dibuat menerusi panggilan telefon atau perkongsian rakaman video kepada pihak berkuasa.

“Pemberi maklumat boleh menyalurkan laporan melalui rakaman video atau panggilan telefon ke bilik gerakan di mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) atau balai berdekatan. Ini bagi membolehkan JSPT mengambil tindakan segera untuk menyuraikan kesesakan atau menguruskan insiden kemalangan,” katanya.

Seramai hampir 7,000 pegawai dan anggota JSPT ditugaskan sepanjang Op Selamat 24 sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu Program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE