fb fb fb fb fb

Penggubalan RUU Jenayah Siber tangani ancaman dalam talian

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Rang Undang-Undang Jenayah Siber akan digubal bagi menangani jenayah siber secara lebih menyeluruh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi menyokong perkara itu Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) diperuntukkan sebanyak RM12 juta bagi menangani isu penipuan dan ancaman siber.

"Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) menubuhkan Pusat Pembangunan Keselamatan Siber dan Kriptologi bagi memperkukuh kedaulatan digital dan keselamatan siber negara.

"Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) kini dikemudi secara langsung Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar pengendalian kes penipuan kewangan lebih pantas dan cekap," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) bawah Tekad 5: Memperkukuh Ketahanan Negara di Dewan Rakyat.

Bagi memperkukuh peranan D11 PDRM, sebanyak RM20 juta diperuntukkan dalam menangani jenayah seksual yang mengeksploitasi kanak-kanak di ruang siber.

Peruntukan itu juga bagi memodenkan sistem dan kepakaran forensik digital, selain menubuhkan Behavioural Science Unit yang menganalisis pola tingkah laku dan profil jenayah.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI