(Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz)
KEPALA BATAS, 30 Julai- Penggubalan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 sudah di peringkat akhir dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pelan terbabit sedang diperhalus dan dikemaskini sebelum dilancarkan pada penghujung Ogos depan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setakat ini, perbincangan yang dijalankan adalah paling komprehensif dengan melibatkan industri baharu dan kementerian lain.
"Kita dalam persiapan terakhir, yang mana ‘task force’ (pasukan petugas) kita bersama-sama pegawai dan semua agensi berkaitan akan membuat persiapan terakhir sebelum ia dibawa kepada Jemaah Menteri dan selepas itu yang amat berhormat (perdana menteri) akan umumkan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan MITI Day Pulau Pinang di Kubang Menerong, di sini.
NIMP 2030 berperanan sebagai satu kerangka dasar yang komprehensif merangkumi misi, keutamaan dan pelan tindakan dalam mentransformasikan sektor perkilangan negara.
(Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (tiga kiri) pada MITI Day Pulau Pinang
di Kepala Batas, Pulau Pinang)