fb fb fb fb fb

Pengerusi MARA ucap takziah keluarga pelajar IKM maut nahas

FOTO FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KOTA KINABALU, 5 September - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan takziah kepada keluarga lima mangsa kemalangan maut di Jalan Sulaman, Tuaran.

Kelima-lima mangsa merupakan penuntut Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu.

Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Asyraf turut memuat naik senarai pelajar yang terlibat nahas iaitu Mohammad Ikhwan Kurniawan, Harianto Anuar, Danial Sarag, Mohamad Zuhaikal dan Neil Stanley Pletinie.

Hantaran sama memaklumkan beliau telah meminta Pengarah MARA Sabah dan pengurusan IKM Kota Kinabalu segera menghubungi waris pelajar dan membantu segala keperluan bagi memudahkan pengurusan jenazah.

Dalam insiden petang tadi, semua penuntut lelaki berusia 20 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan.

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN