PUTRAJAYA, 7 Februari - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberi amaran terhadap Pengendali Platform Audio Siar (Podcast) agar tidak melampaui batas adab dan budaya dalam siaran.
Tegas Fahmi, tindakan akan dikenakan terhadap mereka yang didapati mempromosikan perkara melampaui batas.
"Sekiranya pihak kerajaan menilai dan meneliti ada keperluan, kita akan ambil tindakan.
"Jadi, saya minta para Podcast mengenakan kawalan kendiri dan berpada-pada, pada masa sama kita berhak bersuara dan berekspresi. Itu termaktub dalam perlembagaan undang-undang", kata Fahmi dalam sidang media di sini.
Fahmi mengulas tindakan sebuah platform audio siar atau podcast menjemput seorang lelaki didakwa atas kesalahan mengiklankan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.
Jelasnya, siasatan telah dilaksana dan video berkenaan tidak dapat dikesan.
Fahmi turut tidak menolak kemungkinan, pihak penyiar podcast berkenaan telah menurunkan kandungan berkenaan.