fb fb fb fb fb

Pengendali bas pelancong diingatkan sentiasa guna pemandu pelancong

MELAKA, 12 Januari- Pengusaha dan pengendali bas pelancong diingatkan agar sentiasa melantik pemandu pelancong yang diiktiraf apabila khidmat bas mereka digunakan.

Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Melaka, Jay Yeow berkata ini penting bagi memastikan pengusaha tidak dikenakan kompaun di bawah Akta Industri Pelancongan berkaitan.

Di Melaka terdapat 170 pemandu pelancong berdaftar dan kelebihan menggunakan mereka adalah mereka mempunyai senarai nama pelancong dibawa dan itinerari program, sekiranya ditahan agensi penguat kuasa atau berlaku insiden tidak diingini.

(Foto fail)

Beliau juga meminta orang ramai tampil membuat aduan di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) MOTAC di pautan https://motac.spab.gov.my dalam usaha memudahkan pelaksanaan penguatkuasaan.

Media Baharu