fb fb fb fb fb

Pengenalan skim perlindungan baharu pengiat seni, pengamal media sedang diteliti

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bercakap dalam sidang media selepas melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia di Putrajaya

PUTRAJAYA, 20 Februari - Pengenalan skim perlindungan baharu khusus untuk penggiat seni dan pengamal media termasuk wartawan sambilan, sedang diteliti.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pelaksanaannya membabitkan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Kementerian Sumber Manusia.

"Dalam bidang kuasa kementerian ini kita juga melihat seniman, pembikin filem dan juga wartawan sambilan, jadi dalam perkiraan kementerian ada sejumlah lebih
26,000 sama ada wartawan sambilan, penerbit filem yang perlu mendapat bantuan juga seniman.

"Jadi pertemuan semalam kita bincang sama ada boleh diwujudkan skim baharu untuk membolehkan beberapa pekerjaan ini disatukan yang mana mereka satu perlindungan sosial," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia, di sini.

Dalam pada itu, mengenai Majlis Media Malaysia (MMC), Fahmi memaklumkan ia dijangka dapat ditubuhkan tidak lama lagi.

Beliau berkata, kerajaan kini dalam fasa akhir untuk membawa draf Rang Undang-Undang (RUU) MMC ke Kabinet.

Katanya, penubuhannya mengambil sedikit masa kerana melibatkan proses dengan Jabatan Peguam Negara dan juga harus dipertimbang dan diputuskan Jemaah Menteri.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN