fb fb fb fb fb

Pengenalan cukai karbon tidak rencat aktiviti pelaburan

Perdana Menteri dalam sesi meja bulat bersama kapten industri Perancis. - Foto RTM

PARIS, 4 Julai - Cukai karbon yang bakal diperkenalkan tidak akan merencatkan aktiviti pelaburan. 

Ini memandangkan perincian mengenai pelaksanaannya disemak dengan teliti dan mengambil kira kepentingan semua. 

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengenalan cukai tidak dapat dielakkan, namun langkah berhati-hati diambil Putrajaya bagi memastikan aktiviti pelaburan tidak terjejas. 

"Cadangan cukai karbon tidak boleh dilihat sebagai penghalang buat para pelabur. Ia perlu dilaksanakan berhati-hati. Kami akan memuktamadkannya dalam tempoh beberapa bulan lagi," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam sesi meja bulat bersama kapten industri Perancis. 

Sesi itu disertai wakil daripada lebih 40 syarikat Perancis, serta wakil 18 syarikat Malaysia.

MASNIZA AWANG KECHIK