fb fb fb fb fb

Pengemis naik Proton X70, KPWKM sudah hentikan elaun EPOKU

Dr Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR, 12 Mac- Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) bernilai RM450 sebulan ke atas seorang pengemis yang mampu memiliki kereta jenis Proton X70 Premium telah dihentikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, pihaknya juga telah memberikan surat aku janji sebagai jaminan untuk dia tidak mengemis lagi.

"Ada beberapa tindakan telah diambil, tindakan seperti beri amaran, melengkapkan surat aku janji sebagai jaminan untuk tidak mengemis dan bantuan diberhentikan memandangkan pendapatan dia telah melebihi, (ia) diberhentikan pada Mac 2024.

"Siasatan lanjut juga mendapati dia kini bekerja di sebuah syarikat bas sebagai penyelia syif dengan anggaran pendapatan RM2,000 sebulan. Sebab itulah individu ini tidak boleh lagi menerima bantuan kebajikan daripada JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) lagi," katanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah Noraini, pihaknya kini sedang melaksanakan Kajian Semakan Semula Akta Orang-orang Papa 1977 dalam usaha menambah baik pengendalian isu berkenaan.

Terdahulu, JKM Maran membongkar keadaan hidup seorang lelaki OKU yang mengemis tetapi mampu memiliki Proton X70 Premium.

Dia mengakui berupaya memperoleh sehingga RM500 kutipan sumbangan orang ramai dalam tempoh lima jam di pasar malam.

SITI AISHAH MD ISA