fb fb fb fb fb

Pengeluaran KWSP perlu pertimbangan sewajarnya

(FOTO BERNAMA)

BESTARI JAYA, 9 Februari - Pertimbangan sewajarnya perlu diberikan terutama mengenai isu pengeluaran Wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketika ini kerajaan sedang mencari jalan penyelesaian terbaik meringankan beban rakyat tanpa perlu mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka.

Beliau berkata simpanan pencarum yang rendah boleh menyebabkan lebih banyak masalah kepada diri dan keluarga mereka selepas ini sekiranya pengeluaran dilakukan, terutama bagi mereka yang akan bersara.

"Dulu kita minta dikeluarkan, banyak yang keluarkan tinggal RM10,000 , RM5,000 yang hendak dikeluarkan. Kita perlu fikir apa pilihan kita. Dia ada RM5,000 dan selepas itu keluarkannya, pencen empat tahun lagi, apa nak jadi?

"Jadi saya ingat liputan itu kena adil. Saya kalau ikutkan wang dia, biar dia keluarkan, tetapi kalau wang tinggal RM5,000, pencen lima tahun lagi anak beranak macam mana? Kalau wang dia ada, tidak apa. Kalau wang dia tak ada? Kita tengah cari jalan bagaimana untuk kurangkan beban dia," kata Anwar di sini.

(Anwar bercakap kepada media selepas menyampaikan
Syarahan Ulung Kursi Siddiq Fadzil bertajuk ‘Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia’
pada di Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Bestari Jaya)

 

Media Baharu