fb fb fb fb fb

Pengeluar produk makanan halal disaran pasarkan produk ke Jepun

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

OSAKA, 21 Februari - Pengeluar produk makanan halal di Malaysia disarankan merebut peluang untuk bekerjasama dengan syarikat di Jepun dalam memasarkan produk mereka ke negara matahari terbit itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu berikutan permintaan yang semakin tinggi terhadap barang makanan tersebut ketika ini.

Sehingga kini terdapat seramai 120,000 umat Islam direkodkan di negara itu.

Selain itu, sektor ini juga dilihat berpotensi besar memandangkan Jepun sedang giat mempromosi industri pelancongan dalam kalangan komuniti Islam.

"Sekarang ini yang diimport banyak ramuan untuk barang halal, tetapi kita mesti berusaha untuk melakukan kerjasama perniagaan ke perniagaan (B2B) dan juga padanan perniagaan agar pengeluar-pengeluar Produk makanan dan minuman (F&B) dan dapat bekerjasama daripada sekarang kerana Jepun juga telah menarik pelancong dari negara Islam untuk berada di negara ini," kata Zahid kepada media
selepas mendengar taklimat mengenai pengurusan bencana, di sini.

Terdahulu, beliau turut menghadiri sesi libat urus bersama-sama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Osaka (OCCI) dan Sesi Meja Bulat: 'Menghubungkan Ekosistem Halal Antara Malaysia dan Jepun bagi Meningkatkan Perdagangan, Pelaburan dan Pekerjaan Berkualiti'.

Pada masa sama, beliau akan meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar untuk menyelaras pengeluaran sijil halal di Jepun susulan terdapat enam organisasi yang mengeluarkan sijil halal di negara itu.

TETITIA YUSOFF