fb fb fb fb fb

Pengekalan penarafan kredit Malaysia, beri keyakinan Malaysia alami pertumbuhan positif

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Jun- Pengekalan penarafan kredit berdaulat Malaysia dan tinjauan ekonomi positif oleh S&P Global Ratings dan Fitch Ratings mencerminkan keyakinan berterusan para pelabur.

Pakar Ekonomi Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpandangan ia beri keyakinan baharu bahawa Malaysia sedang mengalami pertumbuhan positif.

"Pengekalan ini adalah berasaskan kepada keyakinan pelabur-pelabur asing dan juga penganalisis tentang prospek ekonomi Malaysia... dipacu oleh pengkomputeran dan kecerdasan buatan atau Artificial Intelligent (AI).

"Malaysia telah berjaya menarik pelabur-pelabur asing dalam bidang ini dengan pengalaman yang telah kita telah lalui lebih daripada 50 tahun dalam industri semikonduktor ini. Ini disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dimana penggunaan persendirian yang terus meningkat dan pelaburan dalam sektor pembuatan", katanya kepada RTM.

Baru-baru ini S&P dan Fitch mengekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia, masing-masing pada A- dan BBB+ selain, menetapkan tinjauan stabil.


ROSLINA BINTI DIN