fb fb fb fb fb

Pengecualian visa, lonjak kehadiran pelancong China

Foto FB Menteri

SIBU, 12 Februari- Pengecualian visa selama 30 hari kepada rakyat China telah melonjakkan kedatangan pelancong dari negara itu ke Malaysia.
 
Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, data terbaharu menunjukkan kemasukan pelancong China meningkat 35 peratus sejak pengecualian visa tersebut bermula pada 1 Disember lepas.
 
Katanya, walaupun pada hari kedua Tahun Baharu Cina, penerbangan pertama dari Wilayah Shenyang China ke Kuala Lumpur semalam masih merekodkan jumlah penumpang yang tinggi, seramai 276 orang. 
 
"Ini membuktikan jika kita ada pengecualian visa, ia akan memudahkan kedua belah pihak. Bilateral, kedua belah pelancong."

"Kita pergi ke sana atau mereka datang ke sini dengan lebih mudah,” kata Tiong kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka PDP Sibu.
  
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada November tahun lepas telah mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari kepada rakyat China dan India ke Malaysia.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM