KAJANG, 19 Disember- Pengumuman mengenai pengecualian bayaran tol sempena cuti perayaan Krismas, hanya akan dibuat oleh Kementerian Kewangan atau Kementerian Kerja Raya (KKR).
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan memberi bayangan bahawa perkara itu akan diumumkan oleh salah satu kementerian pada Jumaat depan.
"Menteri KKR akan mengumumkan sama ada bila tarikhnya, ada atau tidak mengenai pengecualian tol sempena perayaan Krimas. Kita tunggu bersama-sama. Saya diberitahu kemungkinan pada Jumaat akan ada pengumuman.
Namun, keputusan ada atau tidak, kita perlu tunggu," kata Ahmad Maslan kepada pemberita pada sidang media selepas sesi lawatan kerja ke Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Tambah beliau, kerajaan perlu menanggung bayaran lebih kurang RM21 juta kepada konsesi, hanya pengecualian bagi satu hari bayaran tol.