fb fb fb fb fb

Pengawas peperiksaan bukan guru, bantu ringan tugas

Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR, 7 Disember- Pelantikan pengambilan bagi pengawas peperiksaan awam terbuka kepada orang awam, manakala bagi petugas peperiksaan pula, ia kekal dalam kalangan guru ataupun pegawai sedang berkhidmat.

Perkara itu dijelaskan Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.

Ia selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab bagi mengawal selia dalam pengoperasian peperiksaan awam negara.

Bagaimanapun pelantikan pengawas peperiksaan dalam kalangan guru atau individu berkelayakkan hendaklah berdasarkan kriteria ditetapkan.

Pengawas peperiksaan yang dilantik akan melaksanakan tugas berpandukan tatacara pengendalian piawai (SOP) keselanatan bagi menjamin kredibiliti dan integriti peperiksaan awam.

"Pelantikan pengawas peperiksaan bukan guru dapat membantu meringankan beban tugas guru dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan guru.

"Pelantikan ini juga dapat memberi pendedahan kepada orang awam bahawa standard peperiksaan awam kendalian kpm adalah kekal dan  berkualiti. Di samping itu mengalakkan penglibatan komuniti dan usaha memasyarakat penstafsiran pendidikan," katanya ketika menjawab soalan yang dikemukan oleh Senator Datuk Kesavadas Achyuthan Nair berkenaan signifikan pengambilan pengawas peperiksaan daripada kalangan orang awam di Dewan Negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI