fb fb fb fb fb

Pengasingan kementerian, untuk beri fokus sektor ekonomi digital - Fahmi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Disember- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan bahawa pengasingan Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital adalah bagi memberi fokus dalam sektor ekonomi digital.

Beliau turut menyangkal dakwaan pengasingan itu adalah disebabkan kelemahan dirinya sendiri.

Jelas Fahmi, sektor ekonomi digital bakal memberi pulangan tinggi kepada negara seiring dengan keperluan industri.

"Terdapat pihak-pihak yang menyatakan bahawa Fahmi gagal laksanakan tugas, maka ia dipecahkan dan untuk menyelamatkan nyawa politik saya. Ini tidak betul.

Ekonomi digital terlalu penting, ia dijangka akan memberi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2025 sebanyak 25.5%, iaitu 1/4 daripada semua KDNK. Maka, ada keperluan dasar untuk diselaraskan," kata Fahmi kepada pemberita di ibu negara, hari ini.

Sebelum ini, beberapa aspek bawah ekonomi digital perlu merentasi empat kementerian berbeza, namun kini ia diselaraskan di bawah satu kementerian sahaja.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM