fb fb fb fb fb

Pengarah Pendidikan Sarawak dibenar meluluskan projek, kerajaan negeri sambut baik keputusan KPM

Foto Fail

KUCHING, 10 Mac- Keputusan membenarkan Pengarah Pendidikan (PP) Sarawak meluluskan projek sekolah yang dibiayai kerajaan negeri atau pihak lain selain kerajaan Persekutuan merupakan keputusan yang mengembirakan.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata langkah sedemikian akan membolehkan pihak luar terutama ahli politik membantu projek membaik pulih dan menaik taraf di sekolah.

"Keputusan memberi kebenaran kepada Pengarah Pendidikan Negeri itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Bersama Mengenai Pembangunan Pendidikan di Sarawak baru-baru ini yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan turut dihadiri Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah," kata Datuk Amar pada majlis penyampaian 940 beg sekolah kepada murid daripada tujuh sekolah di Dewan Undangan Negeri Bukit Saban.

Program “Back to School” tersebut dibiayai bersama dengan Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu.

Sementara itu, Datuk Amar Douglas juga mahu semua sekolah rendah di DUN Betong menyelesaikan masalah murid yang masih tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira walaupun selepas enam tahun belajar.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM