fb fb fb fb fb

Penganjuran GFIEF bukti komitmen kerajaan sebagai antara peneraju ekonomi Islam

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama semasa Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) baru-baru ini / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 31 Mei- Pelaksanaan Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) baru-baru ini membuktikan komitmen kerajaan sebagai salah satu peneraju kewangan dan ekonomi Islam.

Penganalisis ekonomi, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berpandangan, usaha kerajaan itu merupakan langkah yang baik untuk mereformasi kewangan Islam.

"Kalau kita lihat di peringkat global, ekonomi dan kewangan Islam itu sendiri masih belum mencapai tahap atau pengaruh yang diharapkan. Ini masanya kita melihat forum ini dianjurkan bahawa usaha penambahbaikan dan reformasi dilakukan ke atas kewangan Islam itu sendiri agar kekal relevan ,"katanya.

Tambahnya, usaha kerajaan dalam memperkasakan Maqasid al-Shariah sangat penting dalam merapatkan jurang pendapatan sekaligus setiap rakyat dapat menikmati kemakmuran dalam negara.

Selain itu, komitmen kerajaan sebanyak RM100 juta runtuk inovasi kewangan Islam juga menyokong dalam memperkukuhkan sosio-ekonomi negara.

Beliau berkata demikian kepada RTM.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE