fb fb fb fb fb

Penganjur acara hiburan digesa hormati kesucian Ramadan - Na'im

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar / FOTO RTM

NILAI, 22 Januari - Pihak penganjur acara hiburan digesa supaya sensitif dengan sebarang pengisian aktiviti program menjelang bulan Ramadan

Perkara berkenaan penting bagi menjaga kesucian agama Islam terutama menjelang bulan suci tersebut.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar, penganjuran aktiviti dan program melalui pelbagai kaedah terutamanya yang membina masyarakat bertaqwa digalakkan untuk mendekatkan masyarakat dengan Allah S.W.T.

"Kita menggalakkan supaya dalam bulan Ramadan atau pun sebelumnya digalakkan memperbanyakkan usaha-usaha ke arah memperkukuhkan iman dan juga takwa.

"Jadi apa-apa sahaja aktiviti ceramah dalam pelbagai kaedah boleh dilakukan bagi mengisi bulan berkenaan, sebab kita ingin membina seperti yang di sebut 'Madrasah Ramadan", katanya yang ditemui selepas menyampaikan Syarahan malaysia Harmoni Siri 1 2024 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkaitan penganjuran konsert 'Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza' yang bakal diadakan pada 9 Mac depan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD