fb fb fb fb fb

Pengambilan guru baharu, graduan pendidikan boleh terus mohon

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Kementerian Pendidikan (KPM) kini menggunakan pendekatan baharu dalam melakukan pengambilan guru iaitu berdasarkan kluster mata pelajaran.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin berkata menerusi kaedah itu graduan boleh terus memohon jawatan guru tanpa perlu menunggu
kekosongan mengikut bidang pengkhususan mereka.

Katanya, langkah tersebut dilihat dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru sekaligus membuka peluang kepada lebih ramai graduan untuk memohon.

(Datuk Dr Mohd Radzi Jidin ketika menjawab soalan Senator Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid di Parlimen)

"Melalui pendekatan ini graduan pendidikan dia tidak jadi macam sebelum ini.Kalau dulu pendekatan dia pilihan sahaja kemudian kluster dia tiada kluster satu per satu.

"Sekarang ini dengan ada kluster, graduan pendidikan mempunyai peluang yang lebih luas. Sebab itu dalam konteks pengambilan secara sekali ini ada graduan yang mempunyai ikhtisas pendidikan yang telah keluar daripada Universiti beberapa tahun yang lepas baru mendapat peluang," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid di Parlimen.

Tambah Radzi, sehingga kini seramai 13,255 guru baharu telah berjaya ditempatkan di seluruh negara menerusi program pengambilan khas guru secara sekali.

Katanya, masih terdapat 4,932 kekosongan jawatan dibawah pengambilan khas tersebut perlu diisi oleh calon-calon yang layak.

Media Baharu