fb fb fb fb fb

Penerima STR di Kedah luah rasa syukur

Foto hiasan/BERNAMA

ALOR SETAR, 12 Ogos - 8.6 juta rakyat menerima bayaran sehingga RM650 menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3, bermula hari ini. Di Kedah, penerima STR yang ditemui melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas keprihatian kerajaan MADANI yang memahami keperluan rakyat.

Selain keperluan harian, wang sumbangan STR akan digunakan untuk membeli ubat-ubatan bagi keperluan mereka.

"Saya seronok lah, apa yang kerajaan bantu sekarang ini, kalau boleh sepanjang masa kita dapat bantuan macam ni. Saya akan gunakan duit ni untuk beli barang-barang keperluan," kata Ozzir Hamid.

Perasaaan teruja turut dikongsi Nadarajan Subramaniam dan Loe Ah Kui.

"Saya dapat RM150 boleh belanja untuk beli minyak motor, barang-barang keperluan, syukur la," ujar Nadarajan.

"Terima kasih kerajaan RM150 ni boleh beli barang-barang keperluan," menurut Ah Kui.

Pembayaran STR Fasa 3 dibuat kepada penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan masing-masing.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI