fb fb fb fb fb

Penempatan semula kampung setinggan tingkatkan kebersihan sungai- MB Johor

JOHOR BAHRU, 2 Julai- Penempatan semula 54 perkampungan setinggan melibatkan kira-kira 50,000 penduduk di sekitar Johor Bahru kini dalam perancangan bagi meningkatkan kebersihan sungai.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha itu melibatkan tiga pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) serta Pejabat Tanah Dan Galian.

"Sekarang saya tengok ada pandangan dari MBJB yang perlu kita lihat untuk memastikan ia akan dijayakan, yang itu kita sedang rancangkan sekarang ini," katanya semasa pelancaran Johor Bersih 100 Hari di Johor Bahru.

Ujarnya, Inisiatif penempatan semula setinggan ini akan memberi impak kepada kebersihan sungai di Johor.

Menurut MBJB, kebanyakan penghuni di kawasan setinggan adalah warga asing yang turut menyumbang kepada pencemaran di kawasan sekitar termasuklah Sungai Tebrau.

Antara kawasan setinggan yang dikenal pasti ialah Kampung Melayu Pandan, Kangkar Tebrau, Plentong, Skudai Kiri, Kampung Sri Purnama dan Kampung Bakar Batu.


(Datuk Onn Hafiz Ghazi (tengah) melancarkan Johor Bersih 100 Hari di Johor Bahru)

Media Baharu