KUALA NERUS, 23 November -Sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Terengganu dibuka di daerah Besut, selepas Pulau Redang di Kuala Nerus.
- PPS dibuka di Besut selepas Pulau Redang, menampung mangsa banjir di beberapa lokasi.
- Penduduk dinasihatkan berjaga-jaga dan peka terhadap perubahan cuaca semasa hujan masih berlaku.
- Info rasmi disampaikan melalui Info Bencana JKM untuk pemantauan dan tindakan susulan.
- Sungai utama di negeri masih pada paras normal menurut Jabatan Pengairan dan Saliran.
Berdasarkan Info Bencana JKM, hingga pukul 11.00 pagi tadi, penduduk terjejas meningkat kepada 426 orang daripada 99 keluarga yang berlindung di tiga PPS.
“Seramai 353 penduduk daripada 82 keluarga di tempatkan di PPS Masjid Kampung Pulau Redang, manakala 73 penduduk daripada 17 keluarga ditempatkan di PPS SK Kuala Besut dan SK Pulau Perhentian,” menurut Info Bencana JKM.
Hujan masih lagi berlaku di beberapa tempat dan penduduk dinasihatkan agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan waspada dengan perubahan cuaca terkini.
Sementara Itu, menerusi portal public info banjir Jabatan Pengairan Dan Saliran, sungai sungai utama di negeri ini masih berada pada paras normal.