fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Sabah kekal

Keadaan banjir di Sabah

SABAH, 16 Januari- Jumlah penduduk terjejas banjir di Sabah kekal 99 orang daripada 42 keluarga setakat pukul 8.00 malam tadi. Kesemuanya masih berlindung di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, di Daerah Kecil Paitan, seramai 30 orang masih ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol, manakala 69 orang masih ditempatkan di PPS Rumah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kokos.

Petang tadi, dua buah PPS ditutup iaitu PPS Dewan Serbaguna Beluran dan PPS Masjid Nur Iman, Kampung Sungai Mamanjang, Sandakan. Sebelum kedua-dua PPS itu masing-masing menempatkan 14 dan 161 penduduk.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI