TAIPING, 4 Oktober - Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak mencatatkan penurunan kepada 117 orang setakat pukul 4.00 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Larut Matang dan Selama.
"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang menempatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 89 orang daripada 27 keluarga, diikuti PPS SK Matang Gelugor dengan 47 orang daripada 14 keluarga.
Sementara itu, PPS SK Matang menempatkan 25 orang daripada enam keluarga.
Manakala PPS Dewan Serbaguna Taman Kaya menempatkan sembilan orang daripada lima keluarga", menurut kenyataan itu.