fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Perak kekal 31

Laporan bergambar di PPS daerah Manjung/ APM Manjung

IPOH, 14 Januari- Penduduk terjejas banjir di Perak kekal 31 orang daripada sembilan keluarga.

Sekretariat Jawatankausa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua penduduk terjejas banjir berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Agama Rakyat (SAR) Padang Serai di Beruas, Manjung.

Kesemua mereka adalah penduduk dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi serta Kampung Pengkalan Damar dan berada di PPS berkenaan sejak Khamis lalu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak memaklumkan paras air Sungai Rui di daerah Hulu Perak mencatat paras berjaga-jaga iaitu 165.44 meter berbanding paras normal 165.10 meter.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI