fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Perak kekal 29 orang

Foto RTM

KERIAN, 23 September - Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak kekal 29 orang melibatkan tujuh keluarga, setakat pukul 8.00 pagi tadi. 

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri menerusi satu kenyataan memaklumkan, kesemua penduduk terjejas ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Changkat Lobak.

PPS tersebut telah dibuka bermula Jumaat lalu dan menempatkan penduduk dari kampung Changkat Lobak.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya Perak turut memaklumkan, laluan FT147 Jalan Bagan Serai-Changkat Lobak dibuka kepada kenderaan berat sahaja.

Trainee