fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Perak berkurang

Foto APM Kerian

IPOH, 18 November- Setakat pukul 4.00 petang tadi, jumlah penduduk terjejas banjir di Perak berkurang kepada 84 orang daripada 24 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, "tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua daerah iaitu daerah Kerian dan Kinta.

"Di daerah Kerian, PPS Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Lobak  menempatkan 18 penduduk daripada tiga keluarga," katanya.

Sementara itu, Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu menempatkan 57 penduduk daripada 19 keluarga.

Manakala di daerah Kinta, sembilan penduduk daripada dua keluarga kekal ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai (MBI) Taman Meru 2A Ipoh.

Dalam pada itu, PPS di daerah Hilir Perak, telah ditutup pada pukul 1.00 tengah hari tadi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI