fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Pahang kekal 214 orang

(Foto fail)

ROMPIN, 29 Januari- Situasi banjir di daerah Rompin, masih tidak menunjukkan perubahan.

Jumlah penduduk terjejas kekal sebanyak 214 orang daripada 69 buah keluarga, setakat jam 7.00 malam.

Menerusi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, penduduk terjejas banjir ditempatkan di tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di daerah itu.

PPS Kampung Setajam menempatkan 171 orang penduduk, Sekolah Kebangsaan Denai (27 orang) dan Balairaya Kampung Jawa (16 orang).

Sementara itu, laman web rasmi Public Infobanjir, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menunjukkan, paras Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin, merekodkan bacaan 23.56 meter iaitu melepasi paras bahaya ditetapkan pada 23 meter.


(Foto fail)

Media Baharu