fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Kelantan mencatatkan penurunan, Perak kekal

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 21 Disember - Penduduk terjejas banjir di Kelantan berkurangan kepada 3,077 orang daripada 957 keluarga setakat 8.00 pagi ini, berbanding 3,109 orang daripada 969 keluarga malam tadi.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan, PPS terlibat ialah SK Gual Tinggi, SK Gual To'Deh, SMK Gual Periok, SMK Baroh Pial, SK Kedai Tanjong, SK Gual Periok, Madrasah Tasek Bakong, Masjid Mukim Padang Licin, SK Sri Kiambang dan SMK (A) Pohon Buluh.

Di Perak, bilangan penduduk terjejas banjir tidak mencatatkan perubahan.

Seramai 39 orang daripada 10 keluarga kekal di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan, setakat 8.00 pagi ini.

"Kawasan terjejas banjir juga kekal melibatkan daerah Hilir Perak iaitu di kawasan Batu 9, Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Lorong Sidang Osman, Batu 7, Batu 8, Lorong Imam Khairi dan Lorong Mesra," menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak.

Menurut JPBN Perak, paras Sungai Bidor, Changkat Jong pagi ini mencatatkan bacaan bahaya 3.55 meter dengan cuaca di daerah Hilir Perak diramalkan hujan pada petang dan malam ini.

TETITIA YUSOFF